Cari Blog Ini

Sedikit tentang Isra' Mi'raj

Saudara saudariku yang di kasihi Allah.
Marilah kita semua bertaqwa kepada Allah dengan sebenar benar ketaqwaan dan dalam masa sama marilah kita menghayati peristiwa yang amat menakjubkan dalam sejarah peradaban dunia Islam yaitu peristiwa Isra' dan mi'raj Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wasallam untuk tujuan menerima sholat 5 waktu sebagai tiangnya Agama Islam dan juga untuk diperlihatkan beberapa kejadian sebagai pengajaran dan peringatan yang boleh kita ambil ikhtibar dari perjalanan paling Istimewa tersebut.

Saudaraku sekalian sebelum Isra' dan Mi'raj maka Rasulullah terlebih Dahulu mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il.
Hati Rasulullah dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkanlah binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Isra"

SEMASA RASULULLAH DI ISRA' KAN

Sahabatku yang di Rahmati Allah sebelum kita melangkah lebih jauh baik kita fahami serba sikit apakah itu Isra' artinya (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa )
Sepanjang perjalanan itu Rasulullah. diiringi oleh dua malaikat .

Ibnu Hisyam, penulis "SYIRAH NABAWIYAH" (Riwayat Hidup Rasulullah)
yang terkenal itu, meriwayatkan dari Umm Hani' ra: "Malam Isra' Mi'raj itu Rasulullah, menginap di rumah saya. Usai shalat malam berjamaah, beliau tidur dan kami pun tidur.Tatkala menjelang fajar Rasulullah membangunkan kami.

Setelah shalat subuh berjamaah, beliau berkata:
"Ya Umm Hani', semalam aku shalat malam bersama kalian di sini. Lalu, aku ke Baitu'l-Maqdis (Yerusalem) dan shalat di sana.Dan,barusan aku shalat subuh bersama kalian di sini lagi." sergah Umm Hani'. "Janganlah menceritakan hal ini kepada orang lain, nanti orang-orang akan mendustakanmu dan mengganggumu."
"Tapi aku harus menceritakannya kepada mereka." tegas Rasulullah.

Saudaraku betul juga apa yang dijangkakan Umm Hani banyak yang menuduh Rasulullah berbohong sebab perjalanan Beliau malam itu tidak dapat dijangkau oleh akal pemikiran manusia ketika itu, maka orang-orang Musyrik menjadikan peristiwa ini untuk membuat fitnahan yang luar biasa kepada Rasulullah bahkan banyak diantara kaum muslimin (sahabat) yang murtad Tapi Abu Bakar Assiddiq tampil untuk menyelamat keadaan dan berkata lebih dari itupun kalau nabi yang ucapkan dia amat percaya sebab itu di beri gelaran As-Siddiq

Dan diriwayat lain Anas bin Malik ra meriwayatkan, bahwa Rasulullah berkata:
"Aku dibangunkan Jibril, dan dibawakan seekor buraq putih yang bersayap besar. Tingginya lebih dari himar dan baghal. Kalau ia berlari, kuku depannya melesat sejauh mata memandang. Maka, aku pun menaikinya, didampingi Jibril"

Setiap tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah;
2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
3. Baitul-Leham (tempat Nabi 'Isa A.S. Putra Maryam dilahirkan)

Rasulullah meneruskan di dalam perjalanan beberapa kejadian aneh yang aku lihat:

1) Aku melihat kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2) Aku tercium tempat yang berbau harum. Rasulullah diberitahu oleh Jibrail :
Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

3) Aku melihat sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4) Aku melihat sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5) Aku melihat Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.Kata Jibrail:Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan masing-masing mempunyai isteri/suami.

6) Aku melihat Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

7) Aku melihat Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8) Aku melihat Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9) Aku melihat Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10) Aku melihat Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit.
Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat

11) Aku melihat seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya.Kata Jibrail:Itulah dunia.Jika Nabi memberi perhatian kepadanya,nescaya umat ini akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12) Aku melihat seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensiasiakan umurnya sampai ke tua.

13) Aku melihat seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

"Dengan kehendak-Nya, sampailah aku ke Bait'l-Maqdis. Lalu, aku tambatkan buraq di halaqah yang biasa digunakan para Nabi.Setibanya di masjid Al-Aqsa, Kemudian Aku masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan semua anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Selepas Sholat aku terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

SEMASA RASULULLAH DI MI'RAJ KAN

Sahabatku yang di kasihi Allah adapun pengertian MI'RAJ ialah tangga ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ) Kemudian Jibril membawakan tangga yang dipancangkan di atas batu Ya'qub as. Dengan tangga itu, naiklah aku ke langit. Lalu, Jibril mohon dibukakan pintu. Malaikat penjaganya bertanya, "Siapa itu?" Ia jawab, "Jibril!" Ditanyai lagi, "Siapa yang bersamamu?" Jawabnya,Muhammad"Tanyanya lagi,"Apa ada perintah untuk menghadap-Nya?"Dan jawabnya,"Sungguh,memang diperintah untuk menghadap-Nya"

1. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S.Kemudian dapat melihat orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk.Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

2. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

3. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

4. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

5. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

6. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

7. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya.

Kepada Rasulullah.,Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu
LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH

Mengikut riwayat lain,Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM.

Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan.

Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah.dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

9. Tangga Kesembilan:
Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah,masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

10. Tangga Kesepuluh:
Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Nabi Muhammad, Rasul-Nya:

Allah :Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika Ya Rabb,

Allah berfirman:
Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb.
Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan
Engkau berikan dia kerajaan yang besar.
Engkau berkata-kata dengan Musa.
Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi.
Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin.
Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati.
Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah Berfirman :
Aku ambilmu sebagai kekasih.
Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu
Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat.
Aku kurniakan surah Al-Fatihah yg tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu.
Aku berikan akhir surah alBaqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy.
Aku berikan kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar.
Aku kurniakanmu (Liwa-ul-hamd),maka Adam dan lainnya di bawah panji-panjimu.
Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah.merayu kepada Allah, agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan nilainya sebanyak 50 waktu juga. [HR. Muslim.derajat: Shahih] (Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Inilah salah satu kelebihan sholat sebab Rasulullah sendiri yang menghadap lansung kepada Allah tanpa perantaan malaikat dan sesiapapun. SUBHANALLAH.

KEJADIAN SELEPAS RASULULLAH MENEMUI ALLAH

Rasulullah, turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab,(18 bulan sebelum hijrah).

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala bermaksud :
"Maha Suci Dia yang memperjalankan hamba-Nya, pada suatu malam, dari Masjid'l-Haram ke Masjid'l-Aqsha, yang Kami berkati sekelilingnya, agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sungguh, Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat..." [Al-Isra', 17: 1]

Saudara dan saudari kita imbas sekali lagi untuk menangkis fitnahan fitnahan orang Kafir yang menuduh Rasulullah sebagai pembohong sebab kejadian ini tidak dapat di jangkau oleh pemikiran manusia maka Allah memberi jawabannya dibawah ini :

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala bermaksud :

1.Demi bintang ketika terbenam.

2.Tidaklah sahabatmu (Muhammad) itu sesat dan tak pula sasar.

3.Dan yang diucapkannya (Al-Qur'an) tiadalah menurut pendapatnya sendiri.

4.Segala Ucapannya itu tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan.

5.Wahyu itu diajarkan kepadanya oleh malaikat jibril. yang kekuatan gagah.

6.Yang memiliki kecerdasan akal, serta menampakkan diri dalam rupa aslinya.

7.Sementara Dia berada di arah tinggi (langit ).

8.Kemudian Dia mendekat dirinya,lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit.

9.sehingga, jadilah Dia sedekat dua ujung busur panah, bahkan lebih dekat lagi.

10.Lalu Allah wahyukan kepada hamba-Nya Muhammad apa yang diwahyukan-Nya.

11.Hati-kecilnya tidak mendustakan apa yang dilihatnya.

12.Jika demikian,patutkah kamu membantah mengenai apa yg telah dilihatnya itu

13.Dan sesungguhnya telah melihat malaikat, dalam bentuk rupanya yang asal lagi,

14.Di sisi Sidrat'l-Muntaha.

15.Di dekatnya terletak Surga Jannatul Ma'wah

16.Ketika itu Sidrah (Al-Muntaha) diliputi oleh mahluk2 ghaib yang tdk terhingga

17.Penglihatannya (Muhammad) tak melenceng dan tak melampaui batas.

18.Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda kekuasaan Tuhannya. (An-Najm 53:1-18)

Sahabatku sekalian yang di Rahmati Allah.
Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik.Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh,penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sllu mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Rasulullah bahkan ada diantara kaum muslimin yang Murtad

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah.Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam dan juga kepada kita semua orang yang beriman .Selamat beramal semoga manfaat aamiin

◄◄●════════◄●►════════●►►